Sudah lama aku tidak menyentuh blog ni. Aku menjadi blogger semasa aku ingin mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aku tidak tahu mengapa selepas itu aku sepi menyendiri. Kadangkala aku terfikir, adakah aku ingin menulis blog ini dgn idea aku sendiri atau sebaliknya. Akhirnya sehingga hari ini, aku ada kekuatan utk kembali menjadi blogger.
Kadangkala kita terfikir, layak kah aku utk menjadi seorang pendakwah & pemimpin pada masa yang sama kita sering melakukan dosa mahupun sekecil zahrah walaupun kita tidak sedar akn dosa yang kita lakukan. Ramai remaja masa kini sudah mengenal erti cinta sesama manusia & SEGELINTIR remaja yang sudah lebih daripada itu. Tapi aku sering berfikir, adakah salah mereka sendiri apabila diri mereka dinodai oleh lelaki yang bukan mahram. Siapakah yang perlu dipersalahkan?
Aku sentiasa berfikir, adakah kita sudah menutup "jalan" ke arah itu, iaitu jalan ke arah kemaksiatan? Mengapa masih lagi banyak laman-laman porno yang tidak disekat oleh org yang bertanggungjawab? Mengapa tempat-tempat hiburan masih lagi dibuka & remaja bebas melakukan apa sahaja di dalam tempat itu? Persoalannya, adakah kita sudah menutup jalan utk ramaja melakukan kemaksiatan. Kita sentiasa memarahi kes-kes yang melibatkan remaja seperti buang ank, gangster, hisap dadah, buli, pukul dan sebagainya.
Dimanakah silap kita?
Kita sering memomokan kepada remaja masa kini 'berkahwin' itu susah & memerlukan banyak perbelanjaan dari sudut adatnya la. Tapi adakah kita fikir, dgn momokan inilah remaja sekarang lebih cenderung utk bersosial tanpa ada ikatan yang sah. Memang senang utk kita salahkan ibu bapa mereka tetapi adakah kita sedar bahawa sistem yang kita bawa selama ini telah menjadikan ank2 muda sekarang lebih suka berfoya-foya dpd berfikir masalah global yang kian mencabar ini.
Sistem?
Kenapa sistem pula yang perlu dipersalahkan?
Begini, jikalau kita lihat pada zaman Rasulullah SAW & para sahabat, kkita dapat melihat bahawa tenaga anak muda ini diperlukan utk memperjuangkan Deen Allah. Abu Jahal juga telah mati di tangan ank muda yang semangatnya lebih kental dpd org y lebih dewasa.
Adakah kita telah menjadikan ank2 muda sekarang utk memperjuangkan Islam?
Tidak sama sekali. Sistem kita telah menyekat kemaraan ank muda utk menjadi perjuang dgn membebankan mereka dgn HUTANG seawal mereka berusia 18 tahun. Tidakkah kita sedar bahawa dgn usia seawal itu, mereka baru ingin membina hidup mereka tetapi SISTEM kita sudah membebankan ketumbuhan ank muda utk memulakan hidup mereka.
Kita sebenarnya sedar akn semua itu tetapi kebaculan kita sebagai rakyat hanya akan menjadikan ank muda kita terus menerus menjadi mangsa kepada SISTEM yang sudah dibina?
Marilah kita fikir sejenak, adakah kita yakin dgn ank muda sekarang utk memimpin negara pada masa hadapan?
Gunakanlah kuasa yang ada ditangan anda utk melakar masa depan yang lebih baik..