1. Kita harus menjamu selera sebelum pergi menunaikan solat sunat hari raya. Sebaik- baiknya persediaan untuk menjamu selera itu mestilah sederhana dan tidak membebankan.
2. Berpakaian bersih, kemas dan menarik, tidak semestinya pakaian baru. Paling penting ianya selesa dipakai.
3. Solat hari raya yang sebaik- baiknya dilakukan di tanah lapang jika keadaan mengizinkan kerana hendak memberi peluang kepada yang uzur, dapat bersama mengikuti khutbah raya.
4. Bertakbir dengan takbir yang disyariatkan bermula terbenam matahari pada akhir
Ramadan, masuk ke bulan Syawal sehingga selesai khutbah Aidilfitri.
5. Mendengar khutbah di samping bersembahyang hari raya hukumnya SUNAT MUA’KAD dan perlu diingat jika hari raya jatuhnya pada HARI JUMAAT, maka hukum pergi SOLAT FARDHU JUMAAT adalah WAJIB.
6. Bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan silaturahim tetapi perlu ditekankan supaya menjaga batas-batas SYARAK apabila bercampur-gaul dengan saudara-mara yang HALAL bagi kita untuk menikahinya.
7. KEPADA CALON-CALON PEPERIKSAAN AWAM (PMR,SPM,STPM) - Anggaplah raya ini ujian untuk kita menahan nafsu daripada terus leka dengan kegembiraan sementara. Walaupun kerja rumah ‘melambak’ tapi kita perlu tenang menghadapinya.